Cara mohon dan semak Bantuan Tunai Rakyat BTR 2023, pembayaran pada Januari 2023 ini

Cara mohon dan semak Bantuan Tunai Rakyat BTR 2023, pembayaran pada Januari 2023 ini

Bantuan Tunai Rakyat (BTR) merupakan bantuan kewangan tahunan yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat malaysia bagi tahun 2023.

Bantuan ini akan memanfaatkan sembilan (9) juta penerima bantuan yang menelan perbelanjaan negara sehingga RM107 billion. Bantuan ini sebelumnya dikenali sebagai Bantuan sara hidup (bsh), Bantuan prihatin nasional (bpn), Bantuan prihatin rakyat (bpr) dan Bantuan keluarga malaysia (bkm).

Perdana Menteri Ke 10 yang juga memegang jawatan Menteri Kewangan, Dato Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan ini di Dewan Rakyat pada 20 Disember 2022.

Bantuan ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan rakyat yang terjejas dengan wabak Covid-19 dan juga rakyat yang terjejas dengan bencana alam. Bantuan ini akan mula disalurkan kepada semua penerima pada bulan Januari 2023 bagi Fasa 1.

Semakan Bantuan Tunai Rakyat BTR Lulus Atau Tidak

Individu yang telah mendapat bantuan kerajaan seperti BSH, BPN, BPR dan BKM akan terus menerima bantuan ini.

Walaubagaimanapun, semakan boleh dibuat di laman sesawang https://btr.hasil.gov.my (akan diaktifkan tidak alam lagi)

Berikut merupakan cara-cara untuk membuat semakan bantuan sama ada lulus atau tidak;

  1. Pemohon boleh klik pada bahagian “Log Masuk BTR” dan masukkan nombor kad pengenalan pemohon seperti pada rajah di bawah ini
  2. Kemudian, klik pada butang “Semak”.
  3. Masukkan kata laluan yang sah dan klik pada butang “Log Masuk”.
  4. Paparan menu utama akan dipaparkan kepada pemohon.
  5. Klik pada bahagian “Semakan Status”.
  6. Akhir sekali, paparan status permohonan akan dipaparkan menunjukkan pemohon lulus untuk mendapat bantuan atau tidak.

Jadual Bayaran BTR 2023

Bantuan Tunai Rakyat (BTR) akan memanfaatkan hampir 9 juta penerima yang layak mengikut syarat kelayakan yang ditetapkan oleh kerajaan.

Berikut merupakan kategori penerima BTR yang telah diumumkan oleh Menteri Kewangan;

Tarikh Bayaran BTR 2023

Pembayaran Bantuan Tunai Rakyat (BTR) akan disalurkan kepada rakyat pada Januari 2023 bagi Fasa 1.

Tarikh khusus bagi pengkreditan bantuan tersebut kepada akaun rakyat masih dalam perbincangan Menteri Kewangan di Dewan Rakyat.

Pengumuman ini akan dibuat dalam masa terdekat menerusi medium media massa. Oleh itu, tarikh khusus bagi jadual pembayaran BTR bagi tahun 2023 masih tidak diketahui.

Adakah Perlu Btr 2023 Mohon Baru atau Tidak

Bantuan Tunai Rakyat (BTR) ini merupakan bantuan kewangan tahunan bagi penerima yang tersenarai sebagai layak menerima bantuan ini.

Oleh itu, individu yang telah menerima bantuan BKM lama TIDAK PERLU membuat permohonan baru untuk mendapatkan Bantuan Tunai Rakyat (BTR) ini.

Syarat BTR Kelayakan Permohonan Bantuan Tunai Rakyat 2023

Disebabkan oleh BTR ini merupakan bantuan tahunan yang diteruskan oleh kerajaan sebelum ini, maka syarat kelayakan bagi permohonan baru Bantuan Tunai Rakyat (BTR) 2023 adalah sama seperti bantuan-bantuan sebelum ini.

Antara syarat-syarat yang dikenakan bagi permohonan baru adalah seperti berikut;

1. Syarat Permohonan Isi Rumah

  • Pemohon mestilah merupakan warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia.
  • Pemohon merupakan lelaki atau perempuan yang menjadi ketua keluarga yang
  • bekerja di Malaysia yang mempunyai jumlah pendapatan kasar bulanan RM5,000 atau kurang.
  • Pasangan pemohon mestilah merupakan warganegara Malaysia atau memiliki kad pengenalan Malaysia.
  • Anak pemohon mestilah anak kandung atau anak angkat yang berdaftar dibawah JPN.
  • Anak pemohon mestilah memiliki kad pengenalan atau MyKid.
  • Anak pemohon juga hendaklah individu yang tidak bekerja atau masih belajar.

2. Syarat Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan

  • Pemohon mestilah merupakan warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia.
  • Pemohon hendaklah individu yang bekerja di Malaysia yang mempunyai jumlah pendapatan kasar bulanan RM5000 atau kurang bagi yang berumur 60 tahun ke atas.

3. Syarat BTR Bujang

  • Pemohon mestilah merupakan warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia.
  • Pemohon hendaklah individu yang bekerja di Malaysia yang mempunyai jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,500 atau kurang bagi yang berumur 21 tahun sehingga 59 tahun dan OKU yang berumur 19 tahun sehingga 59 tahun.

Cara Buat Permohonan Baru BTR 2023

Bantuan Tunai Rakyat (BTR) 2023 yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada 20 Disember 2022 hanyalah kadar jumlah Fasa 1 yang bakal diterima oleh penerima.

Permohonan baru bagi bantuan ini masih tidak dibuka lagi. Segala maklumat permohonan akan dimaklum dalam masa yang terdekat.

Kemaskini Bantuan Tunai Rakyat BTR 2023

Pengumuman rasmi berkaitan BTR 2023 berkaitan pengemaskinian maklumat masih belum dimaklumkan.

Oleh itu, proses kemaskini ini akan dimaklumkan oleh kerajaan daripada semasa dan semasa.

Kemaskini ini perlu dilakukan oleh individu pemohon yang ingin membuat pindaan terhadap permohonan mereka sahaja.

Tuntasnya, rakyat boleh merujuk kepada laman sesawang https://btr.hasil.gov.my sebagai rujukan awal sebelum maklumat lengkap berkaitan BTR 2023 diumumkan.

Kenapa Bantuan Tunai Rakyat Diawalkan Ke Januari 2023

Bantuan Tunai Rakyat (BTR) 2023 yang dijadualkan pada Mac 2023 telah diawalkan ke bulan Januari 2023. Pengumuman ini diumumkan oleh Perdana Menteri pada 20 Disember 2022.

Tujuan agihan bantuan ini diawalkan adalah untuk meringankan beban rakyat yang terlibat dalam bencana alam pada akhir tahun 2022.

Bukan itu sahaja, setelah semua situasi dan perkara dititikberatkan, bantuan ini perlu dipercepatkan jika dilihat pada taraf hidup rakyat serta ekonomi yang agak terjejas.

Ini merupakan antara usaha-usaha kerajaan dalam mensejahterakan kehidupan rakyat.

Kelebihan Bantuan 2023 Diumumkan Kepada Penerima Layak

Individu yang layak akan menerima BTR 2023 pada Januari 2023. Ini sedikit sebanyak akan memanfaatkan penerima dalam mengurangkan beban kewangan dengan kos taraf hidup yang semakin meningkat.

Kerajaan berpendapat dengan adanya BTR 2023 ini dapat memenuhi keperluan hidup rakyat serta membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara ke arah yang lebih baik.

Bantuan ini diberikan kepada golonga yang benar-benar memerlukan bagi pemulihan ekonomi dan kesejahteraan hidup rakyat.

Secara tidak langsung, dengan adanya bantuan ini, rakyat dapat membeli barang keperluan harian seperti makanan, barangan persekolahan dan menjadikan modal perniagaan.

Usaha kerajaan ini merupakan satu inisiatif untuk menjamin kesejahteraan, kemakmuran dan kelangsungan hidup rakyat.

Berapa Bantuan BTR Bujang 2023

Golongan bujang merupakan warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun sehingga 59 tahun yang bekerja di Malaysia dengan pendapatan kasar bulanan sebanyak RM2,500 ke bawah.

Golongan ini akan mendapat manfaat sebanyak RM350 bagi BTR 2023.

Bagi BTR 2023 Fasa 1, wang tunai sebanyak RM100 akan dikreditkan ke dalam akaun individu bujang.

Ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan golongan bujang yang mempunyai pendapatan yang rendah disebabkan oleh kos sara hidup yang semakin meningkat.

CATEGORIES

COMMENTS