Menteri arah Malindo Air minta maaf pada penumpang yang tersadai 19 jam

Menteri arah Malindo Air minta maaf pada penumpang yang tersadai 19 jam

Menteri Pengangkutan telah mengarahkan pengurusan syarikat penerbangan Malindo Air untuk memohon maaf kepada semua penumpang yang ‘tersadai’ di lapangan terbang baru-baru ini.

Anthony Loke membuat kenyataan itu ekoran aduan seorang penumpang, Mohd Firdaus Jailan melalui ciapan di Twitter hari ini.

“Salam Saudara Firdaus, saya dah hubungi pengurusan
@malindoair
..mereka akan hubungi semua penumpang yang terjejas untuk memohon maaf dan mengambil tanggungjawab” kata Setiausaha Agung DAP itu.

Sebelum itu, Firdaus pada 23 Disember lalu telah merayu Anthony mengenai pengurusan Malindo Air yang didakwa tidak menjaga kebajikan penumpang yang pesawat mereka tergendala hampir 19 jam.

YB
@anthonyloke
please do somethinglah to Malaysia punya airline operator.
@malindoair
tak ada hati perut ker nak maklum kan kepada pelanggan hantar blanket atau neck pillow at least. Delayed dari jam 11 ke 6 pagi dalam airport sejuk macam ni? Tolonglah elok sikit” ciap Mohd Firdaus.

Sebelum ini tular berita penerbangan Malindo Air dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Bintulu, Sarawak tertangguh lama dan didakwa berlaku tanpa notis.

Video seorang penumpang memarahi kakitangan syarikat penerbangan terbabit di ruangan berlepas di KLIA juga tular.

CATEGORIES

COMMENTS