Rafizi umum tarif purata asas penggunaan kemudahan gas diturunkan bermula 1 Januari

Rafizi umum tarif purata asas penggunaan kemudahan gas diturunkan bermula 1 Januari

Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk mengurangkan tarif purata asas penggunaan kemudahan gas yang perlu dibayar oleh pengguna gas bagi tempoh kawal selia kedua (RP2) bermula 1 Januari 2023 hingga 31 Disember 2025.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata keputusan itu dicapai dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 21 Disember lalu.

Menurutnya, penetapan tarif kemudahan gas (facility charge) yang ditetapkan oleh kerajaan bagi setiap tempoh kawal selia adalah sebahagian daripada kerangka kawal selia pasaran gas di negara ini bawah rangka kerja Incentive Based Regulation (IBR).

“Tarif baru kemudahan gas bagi tempoh RP2 dari 1 Januari 2023 hingga 31 Disember 2025 membabitkan empat kemudahan gas iaitu terminal penggasan semula milik Regas Terminal (Sg. Udang) Sdn. Bhd. (RGTSU), terminal penggasan semula milik Pengerang LNG (Two) Sdn. Bhd. (RGTP), talian paip penghantaran milik PETRONAS Gas Bhd. (PGB) dan talian paip pengagihan milik Gas Malaysia Distribution Sdn. Bhd. (GMD),” katanya pada sidang media Penerbitan Indeks Harga Pengguna (IHP) November 2022, di sini, hari ini.

Rafizi berkata, penetapan purata tarif kemudahan gas bagi tempoh RP2 dan pelarasan pendapatan serta purata tarif yang dibenarkan bagi tempoh 1 Januari 2023 hingga 31 Disember 2023 ditetapkan pada purata tarif asas bagi RGTSU kekal sepertimana tempoh RP1 pada kadar RM3.455/gigajoule (GJ)/hari.

Tiada pelarasan pendapatan bagi tempoh 1 Januari 2023 hingga 31 Disember 2023; (ii) purata tarif asas bagi RGTP turun sebanyak 9.2 peratus pada kadar RM3.165/GJ/hari berbanding RM3.485/GJ/hari dalam tempoh RP1.

Tiada pelarasan pendapatan bagi tempoh 1 Januari 2023 hingga 31 Disember 2023;(iii) purata tarif asas bagi PGB juga turun sebanyak 5.8 peratus pada kadar RM1.063/GJ/hari berbanding RM1.129/GJ/hari bagi tempoh RP1.

Purata tarif yang dibenarkan bagi tempoh 1 Januari 2023 hingga 31 Disember 2023 adalah RM1.061/GJ/hari selepas pelarasan lebihan pendapatan sebanyak RM0.002/GJ/hari; dan (iv) purata tarif asas bagi GMD kekal seperti mana tempoh RP1 pada kadar RM1.573/GJ/hari.

Purata tarif yang dibenarkan bagi tempoh 1 Januari 2023 hingga 31 Disember 2023 adalah RM1.535/GJ/hari

selepas pelarasan lebihan pendapatan sebanyak RM0.038/GJ/hari.

Rafizi berkata, penurunan purata tarif kemudahan gas bagi tempoh RP2 itu dijangka memberi penjimatan dari segi kos tenaga kepada industri.

Beliau berkata, bergantung kepada jumlah isi padu penggunaan gas, penurunan purata tarif kemudahan gas diunjurkan akan diterjemahkan kepada penjimatan seperti segmen penghantaran (mengikut kategori pengguna) iaitu penjimatan antara RM5.5 juta hingga RM33.2 juta bagi 2023 manakala bagi segmen pengagihan (mengikut kategori pengguna sama ada kediaman, komersial atau industri), penjimatan antara RM4,000 hingga RM55.9 juta bagi 2023.

CATEGORIES

COMMENTS